La bandera blanca y verde

La bandera blanca y verde

National anthem Andalusia
LirikBlas Infante
MuzikSevilla José del Castillo Díaz
Diguna pakai1981

La bandera blanca y verde adalah lagu kebangsaan bagi wilayah autonomi Andalusia, Sepanyol[1]. Liriknya ditulis oleh Blas Infante, bapa kepada gerakan Nasionalisme Andalusia. Lagunya pula digubah oleh José del Castillo Díaz. Lagu ini dikatakan diinspirasi dari lagu "Santo Dios", lagu keagamaan yang terkenal di pedalaman Andalusia yang selalunya dinyanyikan oleh petani ketika menuai. Dipercayai Blas Infante mencadangkan lagu ini kepada José del Castillo, namun melodinya adalah karya asli Castillo. Selepas Perang Saudara Sepanyol, gubahan asli muzik ini telah musnah, cuma manuskrip untuk piano sahaja yang kekal. Penggubah, Manuel Castillo telah menambahbaik versi Castillo.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy